Senin, 21 Juli 2014

puisi cinta untuk abah..

Abah...
25 tahun berlalu, tak pernah sekalipun wajahmu hilang dari hatiku...
tak pernah sekalipun haruman rindu hilang dari kalbuku... 

Abah...
tahukah dirimu, sepanjang aku melangkah mengharungi usia yang telah lebih dari suku abad aku lalui...
sentiasa aku dambarkan realiti wajahmu hadir didepanku.. bukan mimpi bukan bayangan..

Abah...
biar apa orang kata, aku tahu apa yang terjadi ada hikmahnya.. pulanglah abah, cukup sekali menatap wajahmu sudah cukup untuk hilangkan selautan rindu yang selama ini ku pendam...

Minggu, 11 Mei 2014

happy hari mak!!!

selamat hari ibu,mak,mummy,mama,umi or whatever korang panggil mak korang.. selamat hari ibu buat mak aku tercinta Siti Hasiah Bte Saffei.. terima kasih buat yg dah banyak buat bekorban untuk kakak.. yg telah melahirkan kakak.. bersusah payah membesarkan kakak dan adik2.. aku dilahirkan dengan keluarga kecil yg bahagia.. mak banyk berkorban masa muda dia demi membesarkan kami adik beradik.. mak adalah segalanya buat kami.. terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai kakak yg kadang2 tak semenggah sangt ni.. terima kasih kerana tak pernah merungut ketika memasak untuk kami.. terima kasih kerana menjaga kami waktu kami sakit.. terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami.. kami doakan mak sentiasa berada disamping kami.. kami sayang mak sangat..


Rabu, 07 Mei 2014

aku teringat.. aku terindu.. aku tersenyum.. aku terluka..

ye itu yang aku rasa.. kehilangan dengan menerima kehilangan adalah dua perkara berbeza tp maksud ygsama.. kehilangan bukan seseuatu yang senang.. terima kehilangan bukan sesuatu yang mudah... yang ada cuma kenangan yg kadang-kadang akan buat kita ingat, rindu, senyum, dan kadang-kadang terluka dengan seseorang yg pernah ada dalam lipatan hidup... kerna apu pegang ni.. aku boleh buang orang, aku boleh buang perasaan, aku boleh buang segala tentang dia.. tapi tak kenangan.. selagi masih segar diingatan...
salah ke kalau aku merindu.. pernah ke kau rasa apa yang aku rasa.. biar aku dengan cara aku.. aku tak pernah ganggu hidup siapa-siapa.. beri aku sedikit ruang untuk merindu kenangan yg ada.. kerana cuma kenangan yg ada seolah2 masih hidup di sekitar aku.. biarkan aku dengan kenangan.. tak pernah aku minta simpati.. cuma sekadar meminta sedikit ruang untuk aku hidup dengan keangan yang ada.. aku bukan manusia bodoh yang masih mahu hidup dengan kenangan yg ada.. sedangkan kenangan cuma kenangan yg x mampu lagi untuk jadi pasti.. aku cuma manusia lemah yang  tak mampu buang setiap kenangan yg pernah aku lalui.. salakah aku merindu.. salahkah aku bersedih.. salahkah aku meluah.. kerana aku tahu.. hanya itu yang tinggal untuk aku.. kenangan..


Rabu, 23 April 2014

Happy Bufday Ella..

Special entry untuk budak nama SUHAILA BINTI MD AMIN ni..almost 3 or 4 years kot aq kenal dak ni.. drpd x close smpai leh kongsi semua sama2... happy 22 bufday dear ... u r big woman now... not a girl... be the best with ur best ye syg... hadapi tiap dugaan yg dtg dengan senyuman... people accept u the way u be u r... semoga ella happy dengan insan-insan yg ella syg... semoga ella sentiasa berada dibawah lindungan dia.. akk akk ella mcm adik akk taw.. kekalkan diri ella yg sekarang sbb ella cantik sngt skrg... sentiasa tersenyum sbb senyum boleh ubat duka... jgn nakal-nakal taw... wish all ur dream come true... happy bufday my big girl... 

sory cilok kt fb ella



Selasa, 08 April 2014

senyum...




salam korang.. apahal ko pepagi da tampal muke ko.. eh blog den suketi den la... senyum kan satu sedekah so aq tepek la gamba aku yg tgh senyum kambing ni, maka tatap la korang gamba aq yg cantik manis ni (cakap sambil tgn di bahu,mata keatas)...  mule hri korang dengan senyuman.. jgn biar kesedihan semalam merosakkn hari2 mendatang korang.. hidup mesti diteruskan.. jgn biar manusia lain nmpak kesedihan dimata korang.. tu cuma bagi peluang untuk diorg jatuhkn korang lagi.. do the best with ur best... be a strong woman.. jgn mengaku kalah.. mungkin hari ni bukan untuk kita tapi esok kita tak tahu lagi kn.. Allah sentiasa ngn kita... jgn sedih jika ada yg melukai kerana sebenya cuma yg layak yg akan hargai korang.. aku mcm korang perempuan biasa yg sentiasa terluka... yg cuma reti menangis dlm diam, tapi tetap tersenyum depan semua... sbb cuma aku yg kenal diri aku... hidup takkan selamanya bahagia.. tapi kite kena teruskan dengan senyuman.. dan ingat perempuan yg masih boleh tersenyum walau hati terluka, she was a great woman ever... senyum ok... 

Sabtu, 05 April 2014

Takdir Allah siapa kita nak lawan....

salam ahad korang...pagi-pagi da hapdate blog... takde ape nak bebual.cuma nak borak kosong je.. sebagai seorang manusia siapa kita nk lawan apa yang da ditentukan oleh Yang Maha Pencipta.. walau apa yang ditanggung kita tak akan boleh lawan kehendak dia.. org akan cakap kenapa kau bodoh terima je tiap apa yang jadi.. yang tanggung aq.. aq tak terima dengan hati terbuka tapi dengan hati terluka.. apa aku boleh buat kalau itu jalan yang Allah dah tentukan untuk aku.. nk menangis aq da puas nangis, nk melawan aq dah takde daya nk lawan, nk jerit dekat siapa aq nk jerit... hanya aku boleh buat terima, terima walau semua mulut ckp aku bodoh.. berdoa dengan harapan ada jalan yg indah yang Allah da sediakan untuk aq.. aq tak marah tp aq terluka, aq tak sedih tapi aq kecewa, aq diam bukan kerana aq benci tapi sebab aku tahu aku hanya mampu diam.. tu saja cara yg aku pandai untuk menzahirkan perasaan..


teruskan tersenyum fatin.. jangan biar kesedihan yg ada dimata merosakkan dirimu..

Rabu, 26 Maret 2014

Cry as hard as you want... But always make sure and 
promise to yourself, When you stop crying, you'll 
never cry for the same reason again...


salam and muhasabah diri.. panjang kemahin tajuk.. harap korang faham.. sebagai seorang 
perempuan kita memang terlampau rapat dengan airmata... and kadang minor things pun boleh buat kita menangis.. wanita berfikir guna hati.. and once benda tu bersangkut paut dengan hati... its realy worse... bagi yang tak faham mungkin dia akan fikir wanita ni leceh sampai perkara yg kecil pun boleh buat dia menangis... for those people yg tak faham ni.. pinjam kaki dia dan rasa apa yang dia rasa... tu yang dipanggil fitrah... tak salah nk menagis... dengan apa yang dah jadi, yes i admit I cry.. thats the only way i have, menangisla kalau da tak boleh nak tahan, tak de siapa yang halang.. sampai bengkak mata pun takpe.. tu je jalan untuk menzahirkan peasaan yang sebenar.. orang tak akn faham until dia rasa apa yang kita rasa, its ok dia bukan kita, and kita bukan dia.. kita kenal diri kita and dia kenal diri dia.. so dia tak tahu apa yang kita rasa and kita tak tahu apa yang dia fikir, so menangisla selagi boleh and tak perlukan fikirkan apa yang orang akan fikir pasal kita... but please, promise to yourself, when u stop crying, kita tak akan menangis untuk perkara yang sama lagi.. tapi aku tahu you will break the promise, perempuan ok, tipu kalau kau tak menangis untuk perkara yang sama, aku pun, sebab kita teringat, kita terfikir and kadang-kadang kita terindu, its ok menangis je, and promise again, banyak kali pun xpe.. sampai satu masa korang sendiri akan lupa perkara yang buat korang menangis, dan korang sendiri akan realize yg tak gune nye lagi nak menangis untuk sesuatu yang tak bagi hasil pun.. mcm apa yang aku rasa sekarang.. for sure i can handle myself... sbb kita perempuan, selembut hati permpuan jangan sampai jadi keras.. you will never know what will happen.. aku admit yg hati aku dah keras, tapi apa boleh buat masa yang ajar aku untuk keraskan hati..  kita tak pernah mintak setiap perkara samada baik atau tak jadi pada diri kita, its on you to handle.. menangislah kalau tak boleh nak tahan.. tangisan tak bermakna diri kita lemah.. ini bukan pesanan tapi peringatan untuk diri aku.. harap korang pun macam tu jugak...

Selasa, 25 Maret 2014

andai ini takdirnya...

akhirnya kutemukan... hanya airmata yg mampu menggambarkan kata-kata... setelah 16 hari pencarian akhirnya Allah beri petunjuk dimana keberadaan dirimu... luluh hati ini... walau kita tak saling mengenali... tapi sebagai manusia aku hati nurani aku tersentuh... bagaimana keluarga mangsa yg mengenali mangsa menghadapi semuanya.. sedangkan aku yang tak mengenalinya pun bagai hilang sebahagian dari jiwa... Andai ini takdirnya kami terima ya ALLAh.. kami memohon seribu keampunan... begitu kerdilnya diri kami tak mampu untuk melawan takdirmu... tempatkan saudara-saudara kami di tempat yg selayaknya... semoga keluarga mangsa dapat menghadapinya dengan hati yg tenang... MH370

p/s: bru aku sedar ujian yg aku hadapi apa lah sangat berbanding apa yg dihadapi oleh saudara-saudaraku diluar sana.

Rabu, 19 Maret 2014

Percubaan kali pertama...


p/s: kualiti video agak kureng ye.. biasalah pakai pun software free.. happy enjoy it..

Kamis, 13 Maret 2014

Convocation My Student Diploma
( IT SYSTEM & PLASTIC INJECTION INJECTION MOULDING SENIOR TECHNICIAN)

panjang lebar kau tajuk kau... sebenarnye konvonye mnggu lepas hari sabtu bertempat di Pusat Islam Iskandar Johor... tapi hari jumaat aq ngn student da pergi sebab diorang ada raptai... aq plak jadi urusetia so kena lah handle apa2 yg patut.. pembahagian jubah n arrange kn diorg punye seat... penat bapak ok.. berminyak2 ok muke aq.. stock boleh wt goreng ikan... jom kite tgok pic.. sory pic kne edit sbb tak berkualiti.. kamera buat hal plak...




aku, syikin an shaf... abaikan muke aq yg berminyak ok..
 pagi2 je muke molek bwak ke petang mcm org minyak aq...



eira,yati,anwar and syazwan



ni semua staf2 yg bertugas... cik azlan ditugaskan untuk menggantikan tempak 
cik sabirin sebab dia sedang mengerjakan ibadah ummrah mse  ni



eira and ekin... comel kn... dengan org berucap pun sbb curi2 amik pic



syaf... budak ni mcm ulat nangka.. x reti dok diam



zahir,mansor,surean,aisyah,anna,and yati.. muke nebes nak naik pentas



penat ok!!


congrats!! korang


ekin and eyka


cik azlan and eira


congrat syaf!!





Us!!!









anna and family... anna best student ok mse ni


me and my menjer.. ajja tlong aq jd urusetia mse ni..


sian penat ea..


tnggu giliran amik gamba!!!


nk berangkat balik!!


zahir and family... menangis ok aq mse zahir and mansor naik pentas... 
wish korang semua berjaya



jangan nakal2 ok!!


muke baik giler!!!



me and ekin!!! 


ekin ngn galah eh silah cik azlan


P/s: pada yg berjaya tahniah buat korang... this is a harvest for what ur plant... jadi org yg berguna ye... jgn persiakan apa yg korang ada.. yg blom berjaya its ok.. cube n cube lg... akhir kata sy syg kamu semua..

Sabtu, 08 Maret 2014

Ade yg menanti disana...

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)

Aku cilok benda kt blog kak filla... serius aq cdey giler bce bnde ni.. tp aq bersyukur sbb mak dan ayah aq de 2 org yg tnggu dye kt sne... sebagai anak aq nk yg tebaik untuk ibu dan ayah aku... aq tak boleh nk janjikan syurga untuk diorang.. aku pun tak sanggup nk heret diorang ke neraka.. aq cuma manusia yang sering melakukan kesilapan.. yg kadang2 terlupa yg maha pencipta... semoga ibu dan ayah sentiasa dirahmati Yang Maha Esa...

Selasa, 04 Maret 2014

Tak semua boleh diluahkan...

salam.. korang sihat... ble aq bukak blog td mak oi bnyknye sawang.. lame no dah tak bukak blog ni.. so marilah kite berblog hari ni ye... sbg seorang blogger (blogger ke?) x semua boleh kita blogkan.. tapi bagi aq.. cara ni je yg boleh buatkan aq senang.. luahkan di blog.. sebab aq bukan jenis yg senang nk kongsi masalah aku kat org.. so aku cuma boleh luah kt cni je.. aq mintak maaf kalau korang terasa.. aq manusia korang pun.. aq bukan mcm korang and korang bukan mcm aq.. aq x pndai nk marah yg aq tahu cuma sempan marah aq dalam hati.. aq x pndai benci yg aq tahu cuma simpan sakit aq dalam hati.. aq x marah tapi aq terluka.. ade beza.. org boleh ckp mcm2.. cuba duduk tempat aq n korang rasa sendiri.. aq x ble ikut cara korang mcm 2 jugak korang.. so 1 cara you with ur own way and me with mine.. jgn tanya kenapa aq buat mcm ni... jgn judge kenapa aq mcm ni.. sbb cuma ada cara ni je yg boleh buat korang lupekan aku.. aq lebih rela korang lupekan aq dari korang benci aq.. dah tak de guna sebenanya ulang balik sesuatu perkara kalau perkara tu sendiri tak tahu mana hujung mana pangkalnya.. tak tahu mana nak dimulakan.. tak tahu yg mana yg nak dimaafkan.. tak tahu yg mana nak dinafikan.. sebab kalau aq buat semua tu tak kn ada 1 pun yg berpihak pada aku.. mcm 2 jugak korang..


takda guna sebenarnya nak bahas perkara yg dah jadi.. sbb benda tu semua memang dah terjadi.. aq x marah bila ade yg menafikan sesuatu yg pernah terjadi dulu.. tp aq kecewa sebab pernah lalui apa yg terjadi dulu dengan org yg salah.. mulut boleh nafikan tu semua.. tp hati?? Allah tahu... and dgn apa yg dah terjadi buat aq sangat2 sedar dimana letaknya diri aq ni..

tiap apa yg terjadi ada hikmahnya.. aq anggap semua sbg pengajaran untuk aq tempuh hidup aq nanti.. aq bukan takut tapi aq cuma berhati2.. sbb aq dah penat lalui apa yg korang x pernah lalui.. 1 masa bila hilang semua perasaan.. jangan tanya kenapa aq mcm ni.. sbb aq cuma mnusia biasa yg x boleh nk terima setiap perkara dengan hati yg terbuka.. aq mintak maaf..

Senin, 24 Februari 2014

Hanya Ingin Kau Tahu...

Kerana kami wanita, Emosi kami selalu mengatasi logik akal..Kerana kami wanita, Air mata teman setia kami..Kerana kami wanita,Sensitiviti kami terhadap sesuatu amat tinggi..

DAN..

Kerana kami wanita, Amat dambakan pertolongan darimu Adam Peliharalah bicaramu dengan kamiJangan bermain kata2 manis dengan kamiTakut rosak hati kami..


Akhlakmu ukuran dimata kami Peliharalah akhlakmu dan imanmu Jangan kau burukkan darjatmu pada mata kami Takut rosak thiqohmu..

Kerana kami wanita,Maka peliharalah susunan kata-katamu Kerana kami mudah terasa namun Kami bukan lemah sekadar ingin kau tahu Hati ini mudah tercalar Kerana kami wanita,Peliharalah dirimu dari mencemuh Saat titisan jernih mengalir dari mata Kerana itu cara untuk kami meluahkan perasaan Supaya hati tenang kembali..


Kerana kami wanita,Memang sangat peka Maka fahamilah kecerewetan Kami ada sebabnya..


WAHAI ADAM, Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', Hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami.Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Jangan sentuh hati wanita andai dia tidak ingin engkau nikahi.


hanya ingin kau tahu yang sebenarnya tempat mu mulia disisi kami andai saja kami dimuliakn olehmu selayaknya kami terimalah fitrah kami seadanya..


hanya ingin kau tahu..

Rabu, 19 Februari 2014

Terima kasih untuk segalanya... 

Entry ni khas buat seseorang yg pernah beri kebahagiaan... terima kasih untuk segalanya.. setiap orang melakukan kesilapan.. kita tak tahu dimana silapnya.. segalanya DIA yg tentukan... maafkan jika diri pernah melakukan kesilapan... saya maafkan  segalnya kesilapan... kita sendiri pun tak pernah tahu apa salah kita.. terima kasih kerana hormat saya sebagai seorang wanita.. jaga diri.. jadi seorang manusia yg berguna untuk keluarga dan adik2.. moga awk sentiasa berada didalam lindunganya..


Senin, 17 Februari 2014

Forgive and forget... not so easy...

Tiap org melakukan kesilapan.. aku tak nafikan.. aku pun.. tapi bagi aku kesilapan ada tahapnye... kesilapan yang boleh kita abaikan dan kesilapan yg lansung kita x boleh nak lupakan.. peoples always said... 'dah la lupekan je' ... ckp memang senang doh.. duduk tempat aku and feel what i feel it.. aku bukan jenis pedendam.. selagi aku boleh maaf aku maaf... but to forget... selagi ingatan aku masih ada aku akan ingat...

Manusia la wei.. jangan cakap boleh maafkan setiap kesalahan org.. kita bkn nabi.. mulut memang boleh sebut maaf.. tapi hati boleh ikhlas ke?? no way ok... mane hati kau sebagai kawan?? mane kau letak nilai sebuah persahabatan?? org akan tngok kesalahan seseorang tanpa nilai diri sendiri.. tanpa bertanya terus percaya dengan kata-kata..

my atitude is how you threat me.. baik cara korang baik cara aku... remember more u give more i give you back.. jalani hidup masing2... pleaz my life is my life not yours.. just jangan ganggu hidup aku.. 

akhir kata.. pleaz la terasa.. and pleaz take a note!!

Rabu, 12 Februari 2014

Belum jumpa atau belum tahu apa yg dicari...

Pernah tak dalam hidup korang tak tahu apa sebenarnya yg korang nk dalam hidup korang... korang takut nak buat sesuatu keputusan...itu yg aq rasa sekarang..   xde haluan... hilang tujuan... tak tahu apa yang aku nak and belum jumpa apa yang aku nak.. 

Kenapa jiwa kita terlalu lemah dan sering tewas dengan permainan hidup ini ? Kenapa kita selalu mengeluh dan menyalahkan orang lain bila kita gagal ? Kenapa kita sanggup berfikiran negatif dan tidak menghargai diri sendiri ? Kenapa ada masanya kita terlalu bencikan diri sendiri, merasa tidak berguna, bodoh, tak dihargai dan sebagainya. Ada saatnya kita seakan hilang arah dalam kehidupan ini. Jiwa terasa kosong dan tidak bermakna.Tiada tujuan dan hilang pertimbangan. Soalnya KENAPA ???

Renunglah ke dalam diri sendiri. Kerana kebahagiaan yang dicari itu terletak di situ. Rasakan dengan penuh keikhlasan hatimu dan jawablah tiga persoalan penting. Dari mana aku datang. Apa tujuan aku di sini dan ke mana kesudahannya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]A

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Ya Allah jika suatu saat aku kehilangan tujuan dan harapan berikanlah aku keyakinan bahawa takdirmu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan impikan...


Senin, 10 Februari 2014

cinta Berpada-pada... Sabar pun berpada-pada....

Perempuan selalu cinta dalam2 kt bf.. die imagine bf die yg akn jd future husband die nti... perempuan la katekan.. berangan lebih.. aq pon pernah ok... tapi sebagai seorang perempuan cinta tu biarlah berpada2.. jgn smpai memakan diri.. jangan sampai bf buat korg mcm sampah pun still korang syg... memang sebagai seorang perempuan kena ada sifat menghormati pada seorang lelaki.. but as long as dye hormat kita sebagai seorang perempuan... hello bf je ok bkn suami... xkn semua kite kena denga cakap dia.. dia belum ada hak and belum diberi hak... he love u the way u r... if die is ur good partner dia akn terima korg and handle korang selayaknye korang... bkn mcm anak kucing.. and one more thing... aq cukup x boleh blah dengan lelaki yg panas baran and main cakap lepas je.. syg memang la syg.. tp sabar pun ada had nya... cinta mcm mne pun tapi kalau dilayan seperti sampah itu boleh dipanggil cinta ke??  

zaman dah berubah ok.. lelaki skrg x sme mcm zaman mak2 kita dulu... perempuan pun ada hak untuk bersuara.. xkn sampai kita dah hancur baru nak bersuara.. fikir dalam-dalam sebelum sayang.. and jangan dalam-dalam bila sayang...

there's a diffrence beetween being a good partner and secara buta tuli.. kalau dia partner yg baik untuk korang  and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat korang  macam bangang, tapi korang still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat... buta tuli taat+stupid ok...

Bila buta tuli taat, you lose your dignity and harga diri korang,and most importantly you lose yourself....

so untuk perempuan termasuk aq... fikir sebelum sayang jangan sampai bila dia dah duduk dekat sebelah tok kadi and kadi said sah bru kite nak realize... bru kite nk tanya diri kita.. "ni ke lelaki yg aq cari selama ni"... people akn ckp kita jual mahal.. its ok benda memang mahal so kena la jual mahal... tolong jgn mkn dalam ye... sekadar nasihat.. aq pun perempuan jugak and pernah alami semua ni... just nk korg paham beza antara cinta dengan buta...




Rabu, 05 Februari 2014

kau xkan jmpe yg sama dengan ku...

kelas kau tajuk.. salam korg... tajuk diatas xde kne mngene dengan yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia ye... nk taw npe tajuk mcm 2?? tajuk diatas adalah berkaitan dengan karektor setiap manusia.. btol x kalau aq ckp yg xde sorg manusia pon kt dalam dunia ni yg karektor dye sme walaupun mempunyai wajah yg seiras.. org boleh ckp.. muke awk sme la dengan org yg syg kenal.. perangai awk pon.. i said wrong.. manusia xkn seratus peratus sama dri segi perwatakan.. wajah mungkin.. even kembar skali pon xkn sama setiap perwatakan diorg.. kalau ade org yg ckp muke ngn prangai korg sme dengan org yg dye pnah kenal dulu sila cepat2 ckp kt dye mcm ni... kau xkn jmpe yg sama dengan ku.. people accept u the way u r.. jgn sbb wajah korg sme prangai harus jd sme.. x kenal maka x cinta.. kita xkn kenal org tu ble kite x rapat dengan dye.. x beerti kita boleh ubah dri kite just untuk jd org yg dye pnah kenal..


Aku contohnye.. someone pnah ckp ngn aq bnde yg sama yg wajah aq sme dengan org yg pnah dye knal... then ble dye knal aq dye tnye npe prangai kiteorg x sme.. jgn ubah dri korg just nk buat others people happy ... people around u accept u the way u be u r... yg xle trime xpe kite xle paksa.. ckp ngn dye kite xkn boleh jd mcm ape yg dye nk... when kite dah ubah diri kita untuk buat dye happy brmakna kita tipu diri kita, kita hipokrit dgn diri kita sndiri.. ok people change... samada kearah kebaikan atau sebaliknye.. selagi perubahan kita adalah untuk kebaikan kita sndiri apa salahnye.. tp jika sekadar memudaratkn diri dan untuk buat org lain happy sedangkn kita x.. untuk ape.. mindset yg one day akn ade org yg dengan besar hti nye menerima segala kelebihan dan kekurangan kita..

 aq xkn boleh ubah diri aq untuk someone yg aq sndri x pnah kenal.. hanya kita yg kenal spe diri kita... wajah boleh sama tp perangai xkn.. kalau ade yg tnggalkn korg kerana pranagi korg x sama dengan org yg dye pnah knal xpe jgn cdey.. sbb yg rugi sebenanya adalah dye.. sbb lepas 2 trust me yg dye xkn jmpe lg yg sme dengan korg.. so happy la dengan diri korg even mcm mne pon korg.. never change just to make others happy.. accept u the way u r.. x perlu berharap org akn akn trima spe diri kita.. cukup kita sje yg faham n terima diri kita.. sentiasa ingat pada yg 1.. insyallah life more easy.. aq x sme ngn korg ataw spe2 pon sebb aq limited edition ok.. korg pon sme... syg korg...

Senin, 03 Februari 2014

cerita zaman kanak-kanak...

Salam... hye korg.. cmne??  cht?? aq alhamdulillah makin cht je..  bosan xde pe nk cite.. jom kite cite pasal zaman kanak-kanak nk?? aq dilahirkan pada tahun 1989 so for those yg lahir tahun 80 an and 90 an confirm diorg pnah rse ape yg aq rse dulu.. aq anak sulung dr 4 adik beradik.. aq sorg je perempuan yg len sume lelaki.. mak aq plak dri kecik manh garang giler oit.. da mcm askar wataniah dah aq kecik dulu... mse kecik2 mak aq threat aq agak kelakian cket la.. aq ingt lg mse mak aq bawa adik bradik g potong rmbot.. dye ckp nyonya gunting rambot semua buat 1 pesen je.. sudahnye aq adik bradik semua rmbot mcm rejimen askar melayu.. nsib bek aq mse 2 jenis x kisah ok je.. mau x ok.. law ank perempuan org lain mak dye cbok pkaikn skirt bju kurung.. mak aq pakaikn aq overall ok.. sua pendek xyh cite la.. mse kecik dlu2 aq x phm sngt taw npe mak aq threat aq mcm lelaki.. 


Since aq da besa da meningkat dewasa bru aq taw de sbb mak aq wt mcm 2.. mak aq xnk aq terlmpau lemah smpai lnsung x mampu melawan.. mak aq nk jd tabah.. keras bkn bermaksud mak aq suke aq jd lelaki.. keras bermaksud aq bleh survive ble one day dye da xde.. mse kecik2 aq ingt lg tahap degil aq ni mengalahkn budak lelaki... bertumbok ngn budak lelaki mse kecik2 xyh cite la.. mak bapak budak yg aq bantai 2 siap dtg umah serang..

 Kenangan mse kecik2 adalah 1 pengalaman yg memang kita xkn jmpe lg bile kite meningkat dewasa.. aq ingt lg mse umo aq 10 tahun aq mndi sungai dengn kwn2 dekat kg atuk.. mndi dr tengahari jejak ke pth ok.. smpai naik kecut satu badan.. nk dekat maghrib x balik2 lg.. atuk aq dtg cri bwk senapang ok... ko mampu?? law org dtg bwk rotan ke btg kayu ke getah paip ke.. atuk aq dtg bwk senapang kau.. rse mcm nk terkencing mse 2 gak.. denga  atuk aq pekik naikkkk!!!! pergh dye punye gema 1 kmpung ok leh denga.. mencecet aq ngn kwn2 naik.. balik umah nenek ngn mak aq da tnggu dekat depan pintu depan.. konon2 pndai la naik ikut pintu belakang tros masuk bilik air mndi.. lepas mndi mak ngn nenek aq pnggil mkn.. aq ingtkn diorg lupe nk bantai aq.. upenye dirg bg aq mkn kenyang2 dulu bru diorg sesah aq ok.. 2 btg hanger patah.. aq kn cucu sulong pempuan sepupu aq yg len semua lelaki lg.. aq sorg je pempuan.. so aq mnje cket ngn atuk.. haruslah aq g ngadu nasib ngn atuk.. mlm 2 atuk aq sapukan ubat n bwk aq tdo ngn dye...

 Ble pikir balik semua kenangan zaman kanak2 aq mesti gelak sorg2.. mcm2 peel aq wt.. 2 blom jiran dtg mengamuk gara2 aq lastik aym jaguh dye pai mati.. kejam an?? bis nk wt cmne mse lom ade otak lg.. aym 2 pon 1 aq nk g ngaji cbok kejar aq pehal.. kecik2 dlu aq x main msk2 ok.. main msk2 pon aq jd bapak x jd mak.. jatuh ok saham law aq jd mak.. kwn2 aq jrg yg perempuan... kebanyakanye lelaki... aq x suke ble mak aq belikn aq mainan pempuan.. lgpun mak aq mang jarang belikan aq anak patung ke ap.. sbb mak aq x suke law rumah ade anak patung so mak aq belikan aq mainan lelaki.. agpun adik beradik aq kn sume lelaki leh r kongsi.. ble da jd anak dara skrg ni bru aq jd pempuan cket.. first rambut pnjang mak aq adelah org yg paling happy ok.. aq ingt lg first timem aq pakai skirt mak aq tngok je mse 2... dye senyum smbil ckp anak aq pempuan upenye.. 

Makin aq dewasa perangai aq cket2 berubah.. makin aq jd pempuan.. kasar tetap kasar tp ade lembut dye.. garang tp ade manisnye... manis ke?? pape pon tq pde yg mak yg da bnyk ajar akk mcm mne jd seorg perempuan.. kalau dulu mak aq x threat aq mcm dlu aq xkn jd apa yg aq jd skrg.. aq xkn jd tabah mcm skrg.. spnjg 24 tahun aq hidup mcm2 da alami... mcm2 aq tempuh.. kalau x kerana mak yg ajar aq jd seorg yg tabah.. dah lama aq jatuh.. alhamdulillah even aq x lembut mcm perempuan lain at least aq jd ape yg aq nk.. and org bleh trime spe aq.. yg paling penting aq happy jd spe aq skrg... tq mak.. untuk segalanya spnjang akk hidup n smpai mate akk tertutup pun akk xkn boleh balas jasa mak.. syg mak sngt.. ok lari tajuk plak.. pape pon hargailah setiap masa yg kita ada.. sebb kita cuma rasa sekali ke dlm hidup.. so appreciate la setiap apa yg kita ada.. luv u all wish me luck korg....

Selasa, 28 Januari 2014

Baik dan buruk kehidupan..

salam korang.. miss me?? pleaz ok ko spe org nk miss2 ni... eleh aq taw korg indu kn.. xde pe nk cite.. nk cite sal kehidupan je.. bln 7 2014 aq genap 25... so for the past 24 years da mcm2 aq alami.. da mcm2 aq harungi.. as a girl life is not easy... korg pon perempuan kn? mesti korg taw.. bg aq untuk jd seorang perlukan kekuatan hati yg teguh.. krana sbb hati lah pempuan hancur.. thats why mak aq treat aq mcm seorg lelaki.. dye nk aq blaja defend dri sndri while aq xde depan mata dye.. sepanjang 24 tahun ni jugak bnyj pengalaman yg membuat aq jd lebih matang dalam kehidupan.. kerana pengalaman juga yg mengajar aq untuk membuat pemilihan.. hidup x sentiasa bahagia.. bila dtgnye musibah harungi dengan hati terbuka.. 


Aq x kata sentiasa redha dengan apa yg trjdi.. krana aq juga manusia.. ada khilafnya.. tipu bila aq kata aq terima setiap musibah dengan senyuman.. krana aq dibekalkan dengan airmata yg allah anugerahkn sbg fitrah menjadi seorang perempuan.. x salah menangis.. kalau itu yg boleh mengurangkn kedukaan hati... aq menangis tp aq banyakkn istifar supaya x tersesat ketika dlm kedukaan.. nme pon pempuan kn.. nagis jela law xle tahan.. mindset yg lepas je nangis 2 adalah tangisan yg terakhir untuk pe yg jd waktu 2... ingt dlm hati tiap pengalaman yg dihadapi ade baik dan buruknye cume cara kita nk handle je.. aq x c kp aq perfect tp at least kite jd dri kita.. x perlu pretend untuk jd others people just untuk wt org sekeliling kita bahagia padahal hakikatnya kite menipu diri sndri untuk buat org lain bahagia... anggap ape yg da jd 2 sejarah.. handle setiap perkara dengan rasional.. fikir sebelum bertindak.. jgn pernah membelakangkn keluarga.. restu kite ade kt c2.. jd perempuan yg bermatabat tnggi.. jgn terlampau bahagia dengan apa yg kita ada.. bersyukur dan sentiasa mengingatkn diri.. jgn kisah tntang ape yg org lain fikir pasal kita.. kisah tentang apa yg kita fikir pada diri kita sndri.. be a woman not a girl... insyallah life will be easy.. appreaciate setiap org yg ade dekat dengan kita even they not.. ingt setiap perkara yg baik bg kita kehidupan.. and setiap perkara yg buruk bg kita pengalaman.. jalani sebagai seorang perempuan yg ade jati diri.. dan yg paling penting.. ingat pada yg 1... letak cinta dia kukuh dihati.. kerana dia yg lebih layak..

For those yg menghargai spnjg 24 tahun aq hidup trima kasih yg x terhingga... xde ape yg dapat membalas penghargaan kalian.. tq for always being wif me.. in my tears and my happiness..kalian is the true people i ever had in my life..luv u all so much...


from me woman of steell...


Jumat, 17 Januari 2014

Hati...

soalnya hati... hati perempuan x kisah la spe perempuan tu... selagi dia bernama perempuan tolonglah jaga hati dia... x mintak pon di belai dimanja.. cukupla jaga hati dia selayaknye dia... mcm rasullullah jaga hati isteri2 dia... n kalau rase xtaw atau xnk jaga hati tolong lah dri awal lagi jgn amik hati dia... fitrah perempuan mudah terbuai dengan kata2... ikhlaslah... hati bkn kertas yg boleh dikoyak dicantum kn balik... hati mcm kaca bila pecah berderai mungkin boleh dicantum kn lagi... tapi bila da jd debu... yg tnggal cume angin yg bawa debu terbang jaoh... jika dah x mampu lagi nk jaga hati seorang perempuan lepasknlah dengan sehalus2 cara... selembut ketika mengambil hatinya... supaya saat dia sedar hatinya x berguna lg untuk seseorang.. hatinya xkn hancur berkecai... 

Air mata...

Allah anugerahkan perempuan airmata supaya dia dapat mencuci segala kedukaan yg ditanggung ketika menjadi seorang perempuan... tapi jgn lah dibazirkan airmata tu... seka la selagi boleh.. jgn diabiarkan ia tumpah untuk sesuatu yang x pasti... dan ingat lah setiap airmata perempuan yg mengalir kerana seseorang lelaki.. lelaki tersebut akan dipukul mnggunakan tulang rusuk wanita tersebut... tidaklah sanggup untuk melihat org yg di syg dipukul dengan tulang rusuk sendiri... jd tlong jgn biar air mata ini mengalir lagi...


Perempuan...


Perempuan... tercipta dirimu dari tulang rusuk lelaki yg kamu sendiri x tahu dimana hadirnya... bakal menjadi peneman dirimu satu hari kelak.. jaga lah maruah mu sebaik rupa parasmu... jgn dibuang maruah hanya krana prasaan kerana prasaan akan berubah mengikut hati.. hati akan berubah mengikut kehendak... cukuplah sekadar syg jgn diberi rasa cinta... krna prsaan syg xkn hilang slagi msih bernyawa... prasaan cinta akan berubah mengikut hati... kerana yg layak untuk dicintai hanya yg maha pencipta..


Lelaki...

fahamilah wanita... bkn diminta untuk dimanja.. bkn diminta untuk dibelai buklan diminta untuk diberikan segalanya.. cukuplah sekadar mengerti fitrah dirinya... airmata yg gugur bkn kerana lemah.. bkn ingin dianggap seorang yg mnja... tp kerana hanya ingin menyampai sesuatu perasaan yg slama ni x mampu untuk diluahkan... mnjanya bkn diminta sekadar ingin dilindungi... lembutnya bkn kelemahan.. tp itu yg dituntut agama... lemah bkn sikapnya tp itu yg dihadiakan pencipta... dan yg paling penting tertutupnya dirinya adalah kerana maruah yg maha pencipta anugerahkan untuk dijaga khas buat insan yg bernama lelaki... hargailah selagi msih dia mencintai... krana bila hilang segala tingkah laku maka hilang prasaan yg allah telah anugerahkan...


p/s: hanya sekadar luahan.. agar dirimu sedar bahawa diri x sanggup untuk melihat org disayang dipukul dengan tulang rusuk sendiri hnaya kerana airmata yg diri sndiri pun x tahu mengapa begitu senang untuk mengalir...

Rabu, 08 Januari 2014





Aku bukan hipokrit....




aku bukan hipokrit bila aq x pndai nk luahkan prasaan aku.. aku bukan hipokrit bila aq x pndai nk menangis didepan  org yang aq syg... aku bkn hipokrit bila aq katakan aq benar2 syg.. aq bukan hipokrit bila aq hnya nk boleh jd diri aku... air mata yg mengalir cuma dlm tangisan.. sedangkan diluar penuh senyum kepalsuan.. pada yg telah menghancurkan hati.. terima kasih.. dan aq sentiasa doakn kebahgiaanmu... terima kasih krna pernah hadir... dan yg paling penting aq tahu hanya Allah yg benar2 setia brada disisi aku....