Minggu, 11 Mei 2014

happy hari mak!!!

selamat hari ibu,mak,mummy,mama,umi or whatever korang panggil mak korang.. selamat hari ibu buat mak aku tercinta Siti Hasiah Bte Saffei.. terima kasih buat yg dah banyak buat bekorban untuk kakak.. yg telah melahirkan kakak.. bersusah payah membesarkan kakak dan adik2.. aku dilahirkan dengan keluarga kecil yg bahagia.. mak banyk berkorban masa muda dia demi membesarkan kami adik beradik.. mak adalah segalanya buat kami.. terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai kakak yg kadang2 tak semenggah sangt ni.. terima kasih kerana tak pernah merungut ketika memasak untuk kami.. terima kasih kerana menjaga kami waktu kami sakit.. terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami.. kami doakan mak sentiasa berada disamping kami.. kami sayang mak sangat..


Rabu, 07 Mei 2014

aku teringat.. aku terindu.. aku tersenyum.. aku terluka..

ye itu yang aku rasa.. kehilangan dengan menerima kehilangan adalah dua perkara berbeza tp maksud ygsama.. kehilangan bukan seseuatu yang senang.. terima kehilangan bukan sesuatu yang mudah... yang ada cuma kenangan yg kadang-kadang akan buat kita ingat, rindu, senyum, dan kadang-kadang terluka dengan seseorang yg pernah ada dalam lipatan hidup... kerna apu pegang ni.. aku boleh buang orang, aku boleh buang perasaan, aku boleh buang segala tentang dia.. tapi tak kenangan.. selagi masih segar diingatan...
salah ke kalau aku merindu.. pernah ke kau rasa apa yang aku rasa.. biar aku dengan cara aku.. aku tak pernah ganggu hidup siapa-siapa.. beri aku sedikit ruang untuk merindu kenangan yg ada.. kerana cuma kenangan yg ada seolah2 masih hidup di sekitar aku.. biarkan aku dengan kenangan.. tak pernah aku minta simpati.. cuma sekadar meminta sedikit ruang untuk aku hidup dengan keangan yang ada.. aku bukan manusia bodoh yang masih mahu hidup dengan kenangan yg ada.. sedangkan kenangan cuma kenangan yg x mampu lagi untuk jadi pasti.. aku cuma manusia lemah yang  tak mampu buang setiap kenangan yg pernah aku lalui.. salakah aku merindu.. salahkah aku bersedih.. salahkah aku meluah.. kerana aku tahu.. hanya itu yang tinggal untuk aku.. kenangan..