Kerana kami wanita, Emosi kami selalu mengatasi logik akal..Kerana kami wanita, Air mata teman setia kami..Kerana kami wanita,Sensitiviti kami terhadap sesuatu amat tinggi..
DAN..Kerana kami wanita, Amat dambakan pertolongan darimu Adam Peliharalah bicaramu dengan kamiJangan bermain kata2 manis dengan kamiTakut rosak hati kami..
Akhlakmu ukuran dimata kami Peliharalah akhlakmu dan imanmu Jangan kau burukkan darjatmu pada mata kami Takut rosak thiqohmu..
Kerana kami wanita,Maka peliharalah susunan kata-katamu Kerana kami mudah terasa namun Kami bukan lemah sekadar ingin kau tahu Hati ini mudah tercalar Kerana kami wanita,Peliharalah dirimu dari mencemuh Saat titisan jernih mengalir dari mata Kerana itu cara untuk kami meluahkan perasaan Supaya hati tenang kembali..
Kerana kami wanita,Memang sangat peka Maka fahamilah kecerewetan Kami ada sebabnya..
WAHAI ADAM, Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', Hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami.Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
Jangan sentuh hati wanita andai dia tidak ingin engkau nikahi.
hanya ingin kau tahu yang sebenarnya tempat mu mulia disisi kami andai saja kami dimuliakn olehmu selayaknya kami terimalah fitrah kami seadanya..
hanya ingin kau tahu..